Want your
own Fotopage?








 
maeu and babies' FotoPage (mY biG HaPpY FaMiLy)

By: nikon lady

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Nov-2006 02:21 Email | Share | Bookmark
Sejarah lengkap sirah nabi Muhammad

ada 8 jilid semuanya ( 8 buku)
penyataan kitab2 mengenai nabi muhammad
sejarah nabi muhammad sebelum menjadi nabi
islamnya sahabat nabi
sifat dan peribadi nabi
doa-doa nabi
penyataan sarjana bukan islam mengenai nabi
Penjelasan bagaimana sesuatu surah diturunkan
8 jilid all together
[Sejarah lengkap sirah nabi Muhammad
Karangan Moenawar Chalil


Penulis menulis buku ini secara beransur mulai tahun 1355 Hijrah (tahun 1936) dan selesai diterbitkan pada tahun 1358 Hijrah (tahun 1939) di Indonesia. Pada tahun 1942, ketika Perang Dunia Kedua dan seterusnya tercetusnya Revoulusi Kemerdekaan di Indonesia cetakan kedua buku ini diberhentikan kerana alat mencetak buku tebal amat sukar diperolehi ketika itu. Pada tahun 1947, penulis bertemu dengan Panglima Besar Sudirman diYogjakarta. Panglima Sudirman menyatakan kepada penulis bahawasanya dia berkata demikian “ Saya telah berkali-kali membaca,mempelajari dan memerhatikan buku karangan saudara.Saya selama ini belum pernah membaca buku riwayat Nabi Muhammad yang panjang itu, terutamanya riwayat peperangan yang dipimpin baginda sendiri, selain dari buku karangan saudara. Buku karangan saudaralah saya seringkali baca dan saya perhatikan disaat saya terluang, selama saya memimpin Angkatan Perang Republik Indonesia untuk melawan Belanda”.

Untuk cetakan yang kedua pada tahun 1951 iatu selepas tamatnya perang dunia kedua , penulis mengundurkan diri dari jawatannya selaku Pegawai Tinggi Kementerian Agama Republik Indonesia untuk kembali menulis . Cetakan yang kedua , penulis menambah mengenai nuzul-nuzul (turun) nya ayat-ayat Al-Quran yg diturnkan kepada nabi Muhammad. Dan pada tahun 1953 penulis selesai mencetak cetakan keduanya dengan informasi lebih padat menjadi tatapan bacaan bukan sahaja di indonesia malahan di malaysia >


Komen :

Begitulah serba sedikit mengenai penulis buku ini. memang panjang hasil tulisan Moenawar ni . cuba bayangkan seorang panglima perang membaca buku kisah nabi dan menjadikan buku ini pembekal semangat dikala melawan musuh.

Aku perpendapat di kala iman di dada makin menipis dengan sogokan hiburan dan keseronokan, bagus kiranya kita kembali ke pangkal jalan menyelurusi sirah nabi.
Adakah benar2 kita sebagai umat Muhamammad benar2 mengenali siapakah baginda?

Pada mulanya aku hanya sekadar suka2 baca buku karangan sirah nabi karangan Moenawar, namun makin jatuh hati dengan penulisannya dan penerangan yang terperinci mengenai buku ini membuatkan kita seolah2 berada pada zaman nabi itu sendiri itu. Daripada aku meminjam buku ini di library, aku terfikir alangkah bagusnya aku memiliki buku ini agar berguna kelak bukan untuk diriku bahkan nanti untuk anak-anak dan ahli keluarga.

sekang ni banyak benar cerita kartun dan dogeng di tv> di harap buku ini dapat ku baca untuk anak2 kelak insya allah. Anak2 sekarang ni bayak disogokkan dengan cerita yg melalaikan merka.Mereka lebih kenal siapakah itu Doraemon, atau Superman berbanding dengan wira merka sendiri , Nabi Muhammad S.A.W. sekiranya merka petah bercerita siapakah dia Cinderella, siapakah dia Snow white ..Adakah mereka mampu petah bercerita siapakah itu Muhammad?

Alhamdullilah , di atas kesedaran itu, aku mencari publisher buku ini .Puas juga aku mencari contact number publisher buku ini , akhirnya ku ketemujuga. Semalam selepas call publisher, publisher tu sanggup hantar ke rumah semua jilid buku karangan moenawar ini. Alhamdullilah, allah permudahkan pencarian ku. Cepat sungguh service nya.

Ada 8 buah jilid kesemuanya buku ini. Buku ini sesuai untu dibaca kepada anak2 atau menjadi sebagi motivasi diri kerana terus terang ku katakana bahasa yg digunakan mudah difahami dan menyentuh kalbu. Karangan ini anataranya mengupas:

- Sejarah dari dia lahir sampai kewafatan baginda
- Penyataan Kitab-kitab terdahulu mengenai nabi Muhammad (injil, kitab Persia, kitab Hindu dan sebagainya).
- Sejarah bagaimana dan sebab2 sesuatu surah diturunkan
- Cerita bagaimana nabi dirisk oleh Siti khadijah
- Saat nabi menerima wahyu
- Taktik kaum quraisy melawan dakwah nabi
- Cerita terperinci musuh2 Nabi Muhammad
- Cerita terperinci sahabat
- Menganalisa terjemahan ayat-ayat quran yg cuba dipesongkan oleh musuh islam .
- Riwayat sahih membantah kebohogan tersebut
- Peristiwa Hijrah
- Jenis-jenis jihad
- Permulaannya perintah-perintah ibadah dlm Islam (zakat, perpindahan arah kiblat etc)
- Jenis dan sebab terjadinya peperangan
- Doa-doa nabi Muhammad
- Amalan-amalan nabi ketika hidup

Sesiapa yang berminat hendak membeli buku ini , berikut adalah detail2nyer : Author: K.H.Moenawar Chalil
Tajuk : Sejarah Lengkap Sirah Nabi Muhammad (Saw)
Publisher:
Darul Kitab Sdn Bdn
Section 13
Shah Alam Selangor

Bolehlah menghubungi :
En Saifullah (019-3201015) / 03-55114340 (pemilik Darul kitab Sdn Bhd)

Harga buku ini RM 225.00.

Kat luar harga dia RM 250- RM 300. Beli direct ngan darul kitab dapat 10% discount.

Bagi aku ler tak rugi pun beli buku ini berbanding manfaat membacanya.Lagi pun aper le nak dirisaukan, skang ni buku yg dibeli leh deduct income tax, tak kemana le duit tu ..

Ok le..nak sambung buat kije plak…berikut adalah illustrasi isi kandungan buku tersebut.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net